profil
Kami daripada sekolah menengah st margarets's.Blog ini mengenai permainan tradisional melayu. Di sini anda akan mendapat tahu lebih tentang permainan tardisional.Kalau ada apa-apa pertanyaan,sila koment sahaja. Kalau anda sedang mencari permainan yang boleh dimain silalah ke blog kami.
Dahulukala...
Catatan dahulukala
Links
Link kawan-kawan kami.:D
Pertandingan Blogging
Nurlisda,Hanna,Qistina
Faezah dan Deanna
Atikah dan Tyeisha
Mariyah dan Farah
Sharifah dan Sajeedah

layout by leen
Komentar
Komen-komen anda mengenai blog ini(:.
Jumaat, 30 Julai 2010 6:25 PG
+ (0 comments) / top



SILA BINCANG MENGENAI GAMBAR INI DI KOMENTAR [:
6:24 PG
+ (0 comments) / top
Hari ini saya akan membuat apa yang saya pelajari dari pertandingan blogging ini.Daripada pertandingan blogging ini saya dapat tahu lebih lagi tentang permainan tradisional budaya melayu.Saya juga telah melihat banyak perubahan pada permainan tradisional ini.Saya juga dapat tahu lebih tengtang kawan saya yang membuat blog ini bersama saya.Dahulu jarang sekali kami berbual antara satu sama lain walaupun dalam kelas melayu yang sama tetapi sekarang kita dapat berbual antara satu sama lain.Yang susah itu adalah waktu untuk menguruskan blog ini kerana kami berdua sibuk dengan CCA dan perkara-perkara yang lain tetapi kami cuba membahagikan post-post kami antara satu sama lain.Itu sahaja yang dapat saya mempelajari daripada pertandingan blogging ini.Itu sahaja daripada saya.
Dianatul
6:13 PG
+ (0 comments) / top
Saya telah mempelajari banyak mengenai permainan tradisional budaya melayu daripada pertandingan blogging yang saya melakukan dengan pasangan saya ini . Saya dapat mempelajari lebih mendalam dan lebih lanjut mengenai permainan orang Melayu .
Kesukaran yang saya menghadapi bersama pasangan saya semasa sebulan ini adalah masa . Kami selalu tidak mempunyai banyak masa yang kami boleh menggunakan untuk melakukan blogging ini . Selalunya kami hanya dapat melakukan blogging ini apabila guru kami membawa kami ke makmal komputer di sekolah hampir setiap minggu . Masa di makmal komputer itu emas . Saya dan pasangan saya selalu cuba untuk melakukan sekurang-kurangnya dua entri setiap minggu di makmal komputer . Tetapi entri kami tidak mencukupi dan kami harus melengkapkannya pada saat-saat yang terakhir yang akan membuat kami kelam-kabut untuk menghabiskan pertandingan ini dengan cepat dan baik . Saya amat menyesal apabila pada permulaan pertandingan ini saya dan pasangan saya tidak mengunakan masa dengan betul dan membuang banyak masa kerana jika kami melakukannya setiap hari sejak dulu , sudah tentu kami telah mempunyai sekurang-kurangnya dua puluh lebih atau tiga puluh entri.
5:49 PG
+ (0 comments) / top
Permainan ini juga dikenali sebagai sepak bulu ayam , sebuyam atau capteh . Jika terdapat ramai yang bermain , kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk . Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga , tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga .

Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya . Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu .

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut . Sepakkan tidak dibenarkan jika dilakukan oleh pemain ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula . Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah .

Tiara [:
5:48 PG
+ (0 comments) / top

Selamat kembali semua ke blog kami ini

Hari ini saya akan menceritakan tentang permainan yang bernama Biji Saga.Permainan ini lebih sesuai dimain oleh kanak-kanak perempuan tetapi ia juga boleh dimain oleh kanak-kanak lelaki.Permainan ini lebih baik kalau dimain di atas simen.Apabila permainan ini diadakan rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikkan kecekapan dan kebolehan seseorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.
Khamis, 29 Julai 2010 7:30 PTG
+ (0 comments) / top

Selamat kembali semua

Hari ini saya akan menceritakan tentang permainan Teng Teng.Teng Teng juga dikenali sebagai Ketinting yang merupakan sejenia permainan untuk kanak-kanak.Permainan ini dimain oleh kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki walaupun permainan ini lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan.Ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.Di kamoung gelanggan dibuat dengan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.


Sebelum permainan dimulakan,undian dijalankan bagi menetukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.Lai lai li tam plong(merupakan satu kaedah yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran)yang akan digunakan untuk menetukan pemain yang kedua,ketiga dan seterusnya.


Cara bermain senang sahaja.Pemain dikhendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki,kecuali di petak sembilan dengan dua belah kaki.Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke pteak ketiga,tanpa memejak petak kedua.Kalau pemain terpijak garisan,pemain itu harus keluar daripada permainan itu.Itulah cara bermain teng teng.


Sekarang permainan teng teng telah diubah sesuai oleh kanak kanak.Waktu saya sedang bejalan pulang ke rumah,beberapa remaja perempuan sedang bermain teng teng.Cara permainan nya beza sekalai dengan dahulu.Permainan teng teng boleh menghilangkan stress anda.Bermain bersama teman atau keluarga cara terbaik merapatkan hubungan anda.


Itu sahaja daripada saya.

Dianatul[:

7:23 PTG
+ (0 comments) / top

Selamat pagi semua[:


Hari ini,saya Tiara akan menceritakan mengenai permainan Sepak Takraw . Sepak Takraw adalah sejenis permainan antara dua paskuan yang dianggotai tiga orang bagi setiap pasukan . Sepak Takraw ada sebuah jaring yang akan memisahkan antara kedua-dua pasukan . Gelanggang sepak takraw berukuran sama seperti gelanggang badminton .
Bola takraw pula dibuat daripada rotan pada zaman dahulu dan pada zaman moden sekarang , ia diperbuat daripada bola sinetik .
Perkataan sepak takraw pula disebutkan dengan cara berlainan di negara yang lain . Di Malaysia , ia deisebutkan sebagai sepak raga . Di Filipina , 'sipa' . Di Burma 'chinlone' . Laos , 'kator' dan Thailand 'takraw' .

Permainan sepak takraw sekarang sebenarnya diadaptasikan daripada permainan sepak raga dan badminton .

Undang-undang dan peraturan awal permainan ini telah diubah dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur .
Itu sahaja mengenai Sepak Takraw . Jumpa lagi di masa yang lain . [:
Tiara[:
1:10 PG
+ (0 comments) / top
Selamat kembali semua
Hari ini saya akan menceritakan tentang permainan wau.Permainan wau ini dikenali juga sebagai permainan layang-layang.Ia digemari oleh penduduk-penduduk kampung.Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15.Permainan ini amsih digemari dan sering dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,Kedah,Terengganu dan Perlis.Wau ini dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama sendiri seperti Wau Kuching,Wau Jala Budi dan bermacam-macam lagi.Reka corak wau biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasakan kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.Wau juga menjadi perhiasan dinding.
Cara bermain wau senang sekali.Ia sering dimainkan oleh dua orang iatu seseorang akan memegang wau dan seseorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.Itu sahaja daripada saya
Dianatul
1:02 PG
+ (0 comments) / top
12:30 PG
+ (0 comments) / top

Selamat Kembali teman-teman

Hari ini saya Dianatul akan menceritakan tentang permainan batu seremban.Batu Seremban dikenali juga sebagai permainan Selambut atau Selembat.Ia sering dimain pada waktu lapang oleh kanak-kanak perempuan sama ada berseorangan atau berpasangan.Permainan ini dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Permainan ini menggunakan gulim kaca,biji getah,ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek berbentuk bulat.Bilanganya sebanyak lima.Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam.Permainan ini mempunyai beberapa peringkat.Dari yang mudah hingga ke susah.

Rabu, 28 Julai 2010 8:28 PTG
+ (0 comments) / top


Selamat kembali semua,


Hari ini saya Dianatul akan menceritakan tentang permainan gasing.Permainan gasing adalah permainan yang boleh berputar pada paksinya,sambil mengimbang pada satu titik.Gasing merupakan permainan yang mengiratkan talian persahabatan dahulu di kampung.Penduduk kampung suka mengadakan pertandingan gasing.Gasing biasanya diman selepas musim menuai.Pemenang gasing dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.


Gasing dibuat oleh apa??


Gasing dibuat oleh kayu berbaru,kemuning,merbau,rambai,durian atau kundang.Kayu tersebut akan ditatik-tatik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok berbaru.Sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.Panjang tali gasingnya berdasarkan panjang tangan seseorang,biasanya 1 metre panjang.Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pegerakantali gasing.


Sekarang kita tidak lagi melihat kanak-kanak atau keluarga mengadakan pertandingan atau bermain gasing.Kalau anda ke taman atau ke pantai bersama keluarga atau teman bawalah gasing dan adakan pertandingan gasing.Ini akan merapatkanat tali hubungan anda.


Itu sahaja daripada saya.


Dianatul




8:28 PTG
+ (0 comments) / top


Selamat pagi.


Hari ini saya Tiara akan memberitahu informasi mengenai permainan Congkak. Conkak dimain sebagai aktiviti dalaman ataupun permainan. Ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah untuk bermain. Kebiasaannya buah congkak yang digunakan adalah biji getah ataupun guli.

Congkak dipercayai berasal daripada Afrika atau Arab bergantung kepada teori mana yang kita percayai. Pada zaman dahulu golongan istana bermain congkak menggunakan papan congkak yang berwarna merah. Rakyat jelata pula bermain congkak dengan sekadar mengorek lubang di dalam tanah. Hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap megira mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dua bahan terdapat dalam permainan congkak. Papan congkak dan buah congkak. Kepanjangan papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80cm dan lebarnya 18cm. Untuk bermain permainan ini, dua orang pemain diperlukan untuk duduk mengadap satu sama lain. 'Rumah' mereka terletak di hujung kiri pemain. Congkak juga boleh dibuat sendiri kerana ia hanya menggunakan kayu.

Tiara[:
Ahad, 11 Julai 2010 1:00 PG
+ (0 comments) / top

Selamat datang semua
Hari ini saya dan kawan saya akan menceritakan tentang permainan tradisional. Bezanya dahulu dan sekarang.Permainan tradisional pada zaman dahulu dikatakan merapatkan hubungan antara satu sama lain.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tardisional pada masa dahulu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.Dengan mengandakan peraduan di kampung,ia membolehkan mereka bekerja sambil berhibur pada masa yang sama.Sekarang mana ada peraduan seperti dahulu.Kanak-kanak dahulu amat rapat antara satu sama lain kerana mereka bermain bersama-sama tetapi kanak-kanak modern sekarang hanya tahu bermain komputer dan alatan elektronik.Mereka tidak dapat bergaul dengan budak-budak lain dengan cara begini.Mungkin ramai budak tidak tahu bermain permaina tradisional dahulu sebab itu mereka tidak bermain permainan itu.Kita sepatutnya menyuruh ibu kita untuk mengajar permainan itu semua kepada kita.Sekarang tidak ada lagi peraduan gasing di zaman modern ini.Semoga satu hari zaman modern ini akan tahu menghargai permainan sebegini.
Tiara,Dianatul
Khamis, 1 Julai 2010 7:43 PTG
+ (0 comments) / top
Selamat datang ke blog kami. Nama kami Tiara Alyssa dan Dianatul Syarafana. Di blog ini , kami akan menceritakan kepada anda semua mengenai Budaya Melayu. Topik kami adalah Permainan Tradisional. Di sini, anda boleh menambah ilmu dan dapat mempelajari dengan lebih mengenai Permainan Tradisional Budaya Melayu. Kami akan memberitahu anda tentang permainan tradisional dahulu kala dan zaman moden kini. Permainan dahulu and sekarang amat berbeza. Kami harap anda akan dapat mempelajari sesuatu yang baru.

Tiara dan Diana